
Sepondok usang menceritakan adat
Menjelma secawan teh dan makanan moyang
Intinya tenaga seorang perempuan
Dan sekumpulan yang akan melawakan hidupnya
Maka berasap lagilah dapur
Daripada dahan getah tua
Serbuk kelam memanjat, menyinggah sesuka
Mencatatkan sebuah peristiwa
Pemuda dan tua tegur sapa, berujar kata
Ketawa kerana olok-olok senda
Maka lembutnya hujung memandang
mekarlah senyuman di bibir manisnya
Tenaga tuanya membina sebuah ekologi
Hingga sebelum tengah hari
Akan pulang kembali
Sesaat embun bermula menitis hidupnya
Karya : Adlee Wayayoh
Alumni Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Fatoni
Comments